Kuala Lumpur sering dikenali sebagai syurga makanan yang menawarkan pelbagai hidangan daripada nasi lemak hinggalah ke makanan jalanan yang menyelerakan. Walau bagaimanapun, seiring dengan peningkatan kesedaran tentang kesihatan dan kelestarian alam, trend hidangan berasaskan tumbuhan (plant-based) kini semakin mendapat perhatian bagi pengemar makanan Vegan dan juga mereka yang mengamalkan gaya pemakanan sihat.
Memilih gaya hidup plant-based bukan sekadar mengikut trend, malah ia merupakan pelaburan jangka panjang untuk kesihatan diri. Bagi anda yang sedang merancang untuk beralih kepada pemakanan yang lebih bersih atau sekadar ingin mencari kelainan dalam diet harian, berikut adalah empat destinasi kuliner berasaskan tumbuhan terbaik di Kuala Lumpur yang anda boleh mencuba.
1. The Ganga Cafe- Bangsar: Keaslian Rasa Tanpa Bahan Pengawet

Lokasi: 19, Lorong Kurau, Taman Bangsar Pertama, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam setiap hari.
Laman Web / Menu: https://www.theganga.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/thegangacafe/
📞 +6012-282 5310 or +6012-303 5310
Terletak di kawasan yang tenang di Bangsar, The Ganga Cafe telah lama menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari makanan Vegetarian India yang berkualiti tinggi. Apa yang membezakan kafe ini daripada restoran lain adalah komitmen mereka terhadap bahan-bahan semula jadi.
- Tanpa MSG dan Pewarna Tiruan: Pemilik restaurant ini sangat menitikberatkan kesihatan pelanggan. Semua hidangan dimasak segar menggunakan rempah-ratus asli dan sayur-sayuran organik yang dipetik dari kebun mereka sendiri. Tiada pengawet atau perisa tiruan.
- Menu Buffet Ahad yang Berbaloi: Jika anda pertama kali berkunjung, buffet pada hari Ahad adalah peluang terbaik untuk mencuba pelbagai variasi hidangan seperti Dhokla, Khandvi, dan pelbagai jenis kari yang kaya dengan rasa.
- Sesuai untuk Keluarga: Suasana restorannya yang santai menjadikannya lokasi yang ideal untuk sesi makan tengah hari bersama keluarga tanpa perlu risau tentang kandungan lemak yang berlebihan.
2. Kusa Vegan – Bukit Bintang

Lokasi: Unit G2, Wisma Noble Land No 2, Lorong Changkat, Lorong Ceylon, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11 pagi – 9 malam. (tutup pada hari Selasa)
Laman web / Menu: https://drive.google.com/file/d/1AQYMI8PVI9TSzQOmv2IsnHKho_folaxt/view
Instagram: https://www.instagram.com/kusavegan
📞+60115-7588 479
Nak cuba makanan Vegan ala Jepun. Kusa Vegan Bukit Bintang adalah pilihan terbaik.
- Kepelbagaian Menu Asia Timur: Mereka menawarkan inovasi menu Jepun dan Korea yang luas termasuk Ramen, Sushi, Maki, Inari, Hand Roll, dan Jjajiang Rice
- Kualiti Premium: Setiap hidangan dipersembahkan dengan penuh seni, menjadikannya sesuai untuk majlis istimewa atau pertemuan korporat yang memerlukan suasana eksklusif.
3. The Hungry Tapir: Gabungan Estetik dan Rasa Inovatif

Lokasi: 135, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 tengahari – 10 malam. (Tutup pada hari Isnin)
Laman web / Menu: https://www.hungrytapir.com/
Instagram : https://www.instagram.com/thehungrytapir
Terletak di bangunan warisan di Petaling Street, The Hungry Tapir adalah satu-satunya restoran vegan and vegetarian yang menawarkan suasana estetik dengan dekorasi berwarna merah jambu dan elemen tropika.
- Menu Kreatif: Mereka menawarkan hidangan seperti Rainbow Sliders dan pelbagai jenis pasta berasaskan tumbuhan yang sukar didapati di tempat lain. Kreativiti mereka dalam mengolah bahan seperti nangka (jackfruit) menjadi tekstur seolah-olah daging adalah sangat mengagumkan.
- Lokasi Strategik: Terletak di tengah-tengah pusat pelancongan Kuala Lumpur, ia adalah tempat yang sempurna untuk berehat selepas penat membeli-belah atau melawat tapak bersejarah.
- Suasana “Instagrammable”: Bagi penggemar kandungan media sosial, setiap sudut restoran ini direka cantik untuk rakaman foto yang menarik sambil anda menikmati hidangan berkhasiat.
4. Sala – Hartamas / K-Avenue

Lokasi 1: 3A Galeria Hartamas, 21 Jalan 26a/70a, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur
Masa Operasi: 11am-10pm setiap hari
Lokasi 2: SAC-UC-2, Level Upper Concourse, Avenue K, 156 Jalan Ampang Kuala Lumpur, 50450 Wilayah Persekutuaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi: 11am- 9pm setiap hari
Laman web/ Menu: https://sala.oddle.me/en_MY
Facebook: https://www.facebook.com/salamalaysia/
Bagi yang ingin mencuba makanan fast-food seperti burger, wraps, spehegathi, dalam versi Vegan, restaurant Sala merupakan pilihan yang terbaik.
- Pilihan Menu: Menu yang ditawarkan adalah moden dan mengikut trend serta menepati semua cita-rasa pengemar makanan vegan.
- Nasi Lemak Rendang: Merupakan menu yang signature and mesti dicuba di outlet mereka di Galeria Hartamas.
Mengapa Menu Plant-based?
Memilih untuk makan di restoran-restoran ini bukan sekadar tentang memenuhi selera, tetapi ia juga memberikan impak terus kepada badan dan kesihatan diri anda. Secara amnya, individu yang mengamalkan diet berasaskan tumbuhan mempunyai tahap tenaga yang lebih stabil sepanjang hari. Pilihan makan plant-based juga dilihat sebagai pilihan yang terbaik untuk mengelakan risiko penyakit kronik seperti darah tinggi dan kolesterol.
Dari sudut ekonomi, walaupun sesetengah restoran plant-based kelihatan lebih mahal, tetapi nilai nutrisi yang diperolehi daripada makanan tersebut adalah jauh lebih berbanding makanan segera.

Memilih untuk menu vegan / plant-based juga memberikan ketenangan jiwa dan emosi yang bahawa kita tidak memilih untuk memudaratkan alam sekitar dan haiwan lain.
veggie #veganmalaysia #veggiefoodie #vegetarian #vegan #veganjapanese #PlantBasedLove #Malaysia
